Tuesday 24 July 2007

Hari Perkahwinanku

Alhamdulillah. Akhirnya kami telah diijabkabulkan dan semuanya berjalan lancar. Rasa macam tak percaya je bila my status dah bertukar dari cik kepada puan. Tarikh keramat 01/07/07 merupakan tarikh aku diserahkan oleh abah dan mak kepada suami ku yg tercinta MOHD HANIF BIN HARUN. 2 majlis yg berasingan berlangsung pd 07/07/07 dan 20/07/2007. Rasa bangga pun ada sebenarnya. Yela, antara kawan2 yg sebaya akulah yg pertama menjejaki pelamin. Itulah yg dikatakan kalau ada jodoh dan rezeki takkan ke mana. Bersyukur sangat2, ujian dan rintangan atau dlm bhs yg lebih sasteranya mehnah dan tribulasi dapat aku harungi sebagai anak dara pingitan. Tak delah jadi cam remaja2 yg sering diwarwarkan kat paper. Alhamdulillah sekali lagi. Kepada anda semua yg masih keseorangan jgn bimbang dan ragu "jodoh pasti ada" yg penting usaha kita dan niat kita hanya kerana Allah...