Sunday 30 March 2008

Warwick Castle


Keesokan harinya selepas pegi ke Lester dan Loughborough kami berkunjung ke Warwick Castle..kami hanya pergi berdua sahaja..best sgt dan cantik sgt castle dia..mengikut sumber2 yg dipercayai warwick catle adalah castle yg paling cantik di UK..kami ngatkan masuk percuma rupanya berbayar..mahal lak tu..alang dah sampai dan penat berjalan kaki masuk jela..terpaksalah membayar £36..kalau duit malaysia hampir RM 252..mahal kan..

Kami pun masukla ke warwick castle..bila masuk je punyala cantik..castle nye pun dah cantik..kami masuk dan mengelilingi castle tu..ade taman bunga, tempat mandi puteri, haiwan ternakan, kincir air dan banyak lagi..memang tenang datang kat cni..kalau sape2 nak datang, datangla pepagi sebab balik petang..yela rugi tiket mahal2 balik cepat..ade persembahan burung hantu, cerita2 klasik cthnya rapunzel (puteri yg rambut panjang tu)..

Sangtalah berbaloi pergi ke castle ni..tidak mengecewakan langsung sebab memang pemandangannya cantik..kami gak panjat castle tu..sgtlah penat kaki ni..dahla tgga dia berpusing2, kecik dan gelap..bila kat atas leh nmpk kwsn castle yg lebih indah dan menarik...ok, tu jela pasal jalan2 ke warwick castle..

Saturday 29 March 2008

Jalan2 Lester, Loughborough





Masa ni kitorg sewa kete..byk tul cabarannya tuk sewa kete..ade yg menipu tau tak..ade satu company tu, kitorg dah siap2 tempah seminggu awal tp bila time nak amik cakap lesen tak boleh guna sbb org malaysia..geram betul rasanya..pastu abg pun bersiap2 dengan segeranya pegi ke tempat penyewaan..rupa2nya kete takde..cakap jela kete takde kan senang..camne la business camtu..pastu abg tepon kawan tuk dptkan tmpt penyewaan yg lain..nasib baik dpt..


Dan akhirnya dapatlah kami pergi ke lester n loughborough dengan memandu kete LEON..besar dan best..sgt selesa..tulah first time abg drive d UK berpandukan XDA abg yg dah diinstallkan tomtom di dalamnya..seronok rasanya..bangga pun ada..yela negara org leh drive..kih3..ni la buktinya kami sampai ke tempat destinasi..


Sunday 23 March 2008

Snow LAAAA!!!!!




Hari Ahad merupakan hari yg rileks. Tak Keje la katakan. Lepas solat subuh susah lak nak tido. Nape lak ni. Dahla sejuk, tak nak tido lak. Eh, my hubby pun samala. Pastu my hubby suruh jenguk tingkap hujan ke sbb sejuk sgt. Jenguk2 "ade snowla!!". Dengan pantas abg buat keputusan "jom bersiap pegi taman, jgn lepaskan peluang main snow". "Betulke ni?". Siapla dengan sesegera mungkin. Terus berjalan dan bergambar2 an. Mmg jakun sangat2. Yela tak pernah main snow la katakan.

Kat Taman mmg takde org. So mmg tak payah nak malu2 la main snow. Mmg best dan kitorg bergambar sakan. Hahaha. Tempat mainan kanak2 pun jadi sasaran. Mmg kena masanya. Cuti hari Ahad, org takde, tak keje dan tak nak tido. suka sangat masa tu. Lepas je bergambar, balikla ke rumah. Konon nak buat snowman tapi tak cukup snowla. Dah mula cair. Hanya snow boy je leh buat. Eh bukan snow baby jer. Tapi tak pelah sekurang2nya ade pengalaman berharga bersama snow. Itulah kejadian Allah yg pertama kali aku rasakan.