Friday 28 December 2007

Kejutan Italy!!!


Gumbira, Suka, Seronok, Girang dan tak tau ape lagi nak cakap. Dah sampai dah England. Coventry tempat my hubby belajar. Tak tahan dengan sejuk seolah2 berada di peti sejuk. Gigil dibuatnya. Singgah di Durham tmpt Kak Nani's family tinggal utk hilangkan penat. Lepas tu Balik Coventry naik bas. Sangat penat sbb bw beg besar dan berat. Bila sampai coventry masih lagi rasa biasa sbb mind set masih PENAT!


Sampai di bilik hubby cakap minggu depan nak pegi italy. Eh, biar betul! Baru je sampai dah nak pegi jalan. Takpelah seronok gak. Terkejut pun ade. Tak sangka dah sampai UK nak gi Italy lak. Bertuahnya rasa. Persiapan dibuat hanya beberapa jam sebelum berangkat. Hehehe...

Pegi Italy 5org. My Hubby and me, Mokhtar, Sima dan wife. Haaa, gambar kat atas tu kat airport. Sampai di Rome mmg tak sangka. Seolah2 "benarkah aku di bumi rome"? Cewah. Negara yg maju. LAPAR sangat bila sampai. Tapi kena cari hotel dulu. So, berjalanlah lima sekawan mencari hotel. Lepas je jumpa, terus mencari destinasi cari makan. Makanan memang banyak tapi kena la cari yg halal. Cam rancangan jalan2 cari makan lak.Haha. Senang je nak cari. Semua makan nasi beriyani ayam. Memang menyelerakan.

Lepas makan kami pun balik ke hotel dan merehatkan diri. Tak sabar rasanya nak berjalan2 di ROMA ITALIANO. Itu bahasa org2 italy.hehe. Pihak pengurusan hotel pun ade bagi map so, masing2 meneliti dan menyatakan hasrat ingin ke mana. Tapi tak boleh pegi hari ini sbb penat dan dah malam. Yela musim sejuk ni cepat je malamnya. Rehatla sepuas2nya. Esok misi menjejak Italy.

Sunday 16 December 2007

Selamat Tinggal Malaysia

Hari ini merupakan hari terakhir pada tahun 2007 aku duduk di Malaysia.Bukannya nak pindah ke luar negara tapi nak pergi temankan suami belajar. Macam2 aku rasa. Gembira dlm 80%, dan sedih + takut hanya 20%. Yela baru je habis belajar then terus pegi luar negara. TAKUT!! Takut sebab naik kapal terbang sorg2.Kena berdiri di kaki sendiri (BERDIKARI). Dahla kena transit kat Amsterdam. Ketakutan itu dapat dikurangkan dengan ada nya family Kak Nani. Nasibla ade diorg takdela gelabah sangat.
Dalam kapal terbang lak lapar, penat semua bercampur. Lapar takpe lagi sebab ade bw roti 4bungkus. Makanan ade disediakan pun takut nak makan sbb naik kapal terbang omputih. Takut akan ketidakhalalannya. Bab makan mmg 'No problem'. Tapi bab penat tu mmg memedihkan. Lenguh pun boleh tahan. Tido jela. nak tido pun lama sangat. lagipun teringat kat suami.hehe.
Mula la bayangkan macam2. Kalau kat Malaysia mesti aku tengah tgk tv. Makan nasi ke, pisang goreng ke, karipap panas ke. Wah macam2 aku pk. Camnela aku nnt kat negara org.Menakutkan. Tapi apa nak buat dah sampai pun. Selamat tinggal Malaysia. Akan akan pulang menemuimu. Tunggulah Kepulanganku..

Friday 2 November 2007

Raya Berdua


Hari Raya Puasa tahun 2007 merupakan hari raya yg pertama aku beraya bersama suami..hehe..tahun ni la first time tak balik kampung sendiri..yela kenala ikut suami..insyaAllah thn 2009 kat perak pulak..Seronok gak beraya kat tempat org..dapat tau camne cara diorg sambut..mmgla sama tapi dari segi makanan lain sikit..13/10/2007 merupakan tarikh hari raya pertama..dan 14/2/2007 merupakan hari raya yg kedua..dan pada hari raya kedualah my hubby menerbangkan dirinya ke UK..menaiki kapal terbangla..Tinggallah aku keseorangan..cewah.. Memang memberi makna sangat2 raya pada tahun ni..anyway kat tepi nila gambar raya tahun 2007 kami..

Tuesday 24 July 2007

Hari Perkahwinanku

Alhamdulillah. Akhirnya kami telah diijabkabulkan dan semuanya berjalan lancar. Rasa macam tak percaya je bila my status dah bertukar dari cik kepada puan. Tarikh keramat 01/07/07 merupakan tarikh aku diserahkan oleh abah dan mak kepada suami ku yg tercinta MOHD HANIF BIN HARUN. 2 majlis yg berasingan berlangsung pd 07/07/07 dan 20/07/2007. Rasa bangga pun ada sebenarnya. Yela, antara kawan2 yg sebaya akulah yg pertama menjejaki pelamin. Itulah yg dikatakan kalau ada jodoh dan rezeki takkan ke mana. Bersyukur sangat2, ujian dan rintangan atau dlm bhs yg lebih sasteranya mehnah dan tribulasi dapat aku harungi sebagai anak dara pingitan. Tak delah jadi cam remaja2 yg sering diwarwarkan kat paper. Alhamdulillah sekali lagi. Kepada anda semua yg masih keseorangan jgn bimbang dan ragu "jodoh pasti ada" yg penting usaha kita dan niat kita hanya kerana Allah...