Sunday 22 June 2008

Open House



Open House..macam raya je bunyinya..saje je..tukarla open house kepada makan2..Ari ahad bersamaan 22/6 tu kami buat makan2..majlis makan ni khas untuk Azrin's family..yela dah banyak diorg tolong kitorg kat cni..tumpangkan ketela, bw g carboot, g All England kat Birm dulu, amik abg masa mula2 sampai dulu..byk lagi..jadi buatla makan2 utk diorg..diorang nak balik malaysia dah..

Untuk memeriahkan lagi makan2 tu kami pun ajak lagi 4 family yg lain..Family siti, kak mariana, kak G dan Ayu..persediaan yg dibuat tuk makan2 tu 2hari..malam tu buatla sambal kacang dan rebus nasi impit buatan sendiri..esok paginya lebih kurang kul9pg mulala masak..Seronok gak..abg ade gak tolong..tolong basuh ayam dan masak nasi..eh, potong nasi impit pun abg..susun2 makanan pun abg..thanks abg..aku hanya memasak dan memasaukkannya ke dalam bekas yg bersesuaian..

Antara juadah yg disediakan ialah nasi putih berlaukkan kari ayam, udang masak lemak kuning, sambal belacan, ayam goreng dan ulam2an..selain tu juadah laksam, kotiew goreng dan nasi impit juga disediakan..untuk pencuci mulut puding buah2an dan buah epal disajikan..puding buah2an tu baru je belajar dengan kak nani..agak keras tapi sedap..Air lak air sunquick oren dan teh panas..

Makanan yg paling laku ialah nasi dan laksam..untuk laksam terpaksa masak spaghetti menggantikan laksamnya..ulam utk laksam iaitu daun dil menjadi favourite tetamu dan terpaksa ditambah untuk beberapa kali..begitu juga dengan teh panas..penat tetapi sangat seronok sebab dapat bagi org makan..

Thursday 19 June 2008

Nak Balik Malaysia Dah?????


Ape?? Nak balik Malaysia dah?..rasanya baru je berkenalan dengan diorg..Azrin's family dan kak Haz's Family nak balik dah ke negara Malaysia, negara kitorg la..Ari tu ade gotong royong untuk mengangkat barang2 ke dalam kontena untuk di bawa pulang ke Malaysia..dalam 2bulan sampaila barang2 tu..Mula2 pagi kul 8.30 angkat barang kat rumah azrin..rasa cam banyak je barang2 diorang..dalam kul 10 dah selesai..Selepas itu kontena bergerak ke rumah kak Haz lak untuk mengambil barang2 mereka..Lagila banyak kalau nak dibezakan dengan azrin..sangat2 lah banyak tidak terkiranya..

Rasa cam seronok lak duduk disini..yela semangat rukun tetangga tu ade..masing2 datang membantu..tp masalahnya bukan org perempuan yg angkat, suami2 yg kena angkat..isteri2 hanya melihat dan bersembang..pastu makan..hahaha..sian suamiku.. Tgh hari itu kak Haz menjamu semua pembantu2 makan tghhari termasuklah isteri mereka..peluang tak payah masak tgh hari..bestnye org nak balik Malaysia...Malaysia tggu akan kepulanganku juga..

Wednesday 18 June 2008

Jalan2 ke Birmingham




Sebenarnya dah 2kali pegi birm dengan abg..first tu tak cerita tapi yg kali kedua ni nak ceritala ckit..sebenarnya nak g birm ni bermatlamatkan satu tujuan je..mencari makanan yg berasal dari Malaysia..Birmingham merupakan bandar terbesar selepas London..Kami pergi ke birm dengan hanya menaiki bas..bas no. 900 dr coventry..then naik bas no.57 untuk sampai ke bull ring..sebenarnya naik bas 900 gak dah leh sampai tapi kami singgah kat kedai Al-Halal tuk membeli lesung batu dulu..sampai je bull ring kami pun mencari bas tuk g ke wing yip.. tanya la org..jwpnnya bas no.66..

buang masa je rasanya sebab kami mmg naik bas yg betul tp salah laluan..nasib baik driver bas tu baik dan dia tunjukkan kat mana wing yip..kena ttgu dlm 30mnt baru sampai..bila dah nampak bangunan wing yip tersangatlah gembira..membeli dan membelah lah kami di sana..malangnya misi mencari belacan masih belum ditemui..kami pulang ke bull ring dan pergi ke kedai Sing Fatt lak..satu lagi kedai cina yg glamor dikalangan org malaysia..Di sana tersangatlah gembira sbb dapat belacan..yahoooooo...leh buat sambal belacan..

Lepas je dapat semua tu..kami pulang..lum tu singgah makan kentang n ayam goreng halal dulukat tepi jalan..senang je nak cari makanan halal kat birm ni..