Wednesday 12 August 2009

Mencabarnya....


Bila tersangat mengantuk

Ajak main pun tak mau..


Huiii...Seminggu jaga Ehsan berdua dengan husband memang mencabar kesabaran betul..Macam2 perangai Ehsan tunjukkan pada ummi dan abah..yang bestnye bila dia dlm keadaan mood yg baik dan bila dia tido..seronok sangat (dapatla rehat)..dalam masa seminggu tu jugak abah dan ummi dapat mengkaji camne perangai baby yg baru lahir macamla Ehsan kami ni..

Ada satu hari tu, abah dan ummi tak dapat tido sebab Ehsan meragam..abah lak kena gi keje esok paginya..apa lagi pegi keje mengantukla..balik je abah nak ajak Ehsan main lama2 supaya mlm nnt tak bangun..tapi kat atas tu la hasilnya..memang dia tak layan langsung..kalau mengantuk ajak main camne pun tetap terpejam..

Seingat sayala dalam seminggu tu ada satu hari je Ehsan tido sampai pagi..cuma bgn susu je..seronok sangat ari tu..tp tak silap esoknya hari sabtu..abah tak keje..time abah keje lak dia bangun malam+meragam..

Banyak gak petua2 yang diminta dari kengkawan..kenapa baby tak nak tido malam..Kat cni nak cakap terima kasih pada kak lin sebab petua kak lin banyak membantu Ehsan kurang meragam terutamanya waktu malam..

Antara Nasihat kak lin:
Kalau baby kembung, lepas mandi sapu minyak baby kat perut n kaki.Then kena pakai barut biar tak masuk angin.
Nak tau baby kembung, jentik perut baby pelan2 dan berbunyi seperti ada angin. Nak redakan kembung kena layurkan sirih then letak kat perut baby atau iron lampin baby n demah kat perut.
Kalau baby kembung tiarapkan pada badan kita dan tepuk perlahan2 belakang baby.
Biarkan baby sendawa atau kentut selepas minum susu.
Jangan makan benda sejuk dan sayur2 yg berangin cam kangkung n labu.
Sebelum tido bedungkan baby spy dia rasa hangat cam dlm perut ibu.

Terima kasih sekali lagi kepada kak lin..kepada semua pembaca yang berpengalaman kalau ade petua2 lain beritahu la ye..saya ni budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.TQ


Tuesday 11 August 2009

Berpantang di Perak

17hb 7 kami pulang ke perak untuk berpantang..kami bertolak pulang jam 3ptg..terpaksa balik petang sbb pagi tu abah uruskan MyKid Ehsan dan nak tunggu nurse datang cek..tapi tunggu sampai 2.30ptg tak datang2, so kami terus je pulang..

Tak nak sampai kampung malam2, kami singgah umah maklong..umah kakak saya di sungai buloh..petang tu Ehsan 1st time mandi dan maklong yang mandikan..ummi dan nenek tak berani laa..

Saya hanya berpantang di perak selama 2 minggu je..sepanjang di Perak nurse datang melawat ehsan 2kali..kali pertama pada 19hb 7 dan Ehsan masih ade sedikit kuning dan berat dah naik kepada 3.3kg..Kali kedua lak pada hari ke 22, kuning Ehsan habis dan berat naik kepada 3.5kg..Alhamdulillah..

Inilah antara aksi2 Ehsan di kampung..Ehsan kalau dibedung tak boleh guna kain lampin sbb Ehsan panjang orangnya..terpaksa guna kain pelekat paksu dia masa kecik2 dulu dan kain batik ummi..Lagi satu tangan dia mesti nak keluar..kalau dah bedung pun dia akan mengamuk nak keluarkan tangan..terpaksala keluarkan..

Ehsan tido dlm buaian
Ehsan tido berkain batik

Kami pulang ke Melaka pada 3hb 8 hari Isnin..bermacam2 dugaan dan cabaran yg menanti abah dan ummi tanpa org tua di sisi..Tunggu....

Pergi Hospital Lagi

Selepas satu hari di hospital, saya dan Ehsan pulang ke rumah..sampai je rumah dah ade org melawat..Malam tu memang kesian sangat kat Ehsan..Dia nak minum susu tapi susu ummi dia tak keluar..kuat dia menangis..nasib baik mak ada..mak bagi minum air suam je(terpaksa sebab takde susu formula)..Lepas je minum tu, Ehsan terus tido sampai esok pagi..Pagi esoknya, cepat2 abah pegi belikan susu formula Lactogen tin kecil dan botol susu kecil untuk Ehsan..Pagi tu Ehsan minum susu formula lebih kurang seaun pastu tido..

Jam 12lebih nurse datang melawat ke rumah..suhu badan Ehsan dah 37.5 dan ade kuning ckit..nurse suruh bawa ke hospital..tempat emergency lagi..sampai je hospital, doc cek suhu Ehsan dah 38.9, terus je kena pegi nursery utk penjagaan kanak2..

Kesiannya kat Ehsan..Salah ummi ke sebab takleh nak bagi susu..abah lak salahkan diri dia sebab cium hidung Ehsan semalam..time tu pulak abah selesema..Ehsan kena tahan kat hospital selama 5 hari..

Lepas je Ehsan ditahan tu, mcm2 petua saya tanyakan pada kengkawan camne nak kuarkan susu..sakit sangat masa tu dan malam tu mmg takleh nak tido..ade yg cakap minum susu utk menyusu, guna kobisla dan yg menjadi petua mak..urut pakai sikat..lepas je buat memang susu keluar banyak..

Ehsan dah kenyang minum susu semulajadi

Ehsan dlm cot hospital tgh tdo

Sepanjang 5hari, saya berkain batik terkepit2 datang utk menyusukan Ehsan everyday..bila hari2 ulang ke hospital dan nampak baby2 lain, rasa bersyukur sangat sbb Ehsan hanya demam dan ade kuning ckit..baby2 yg lain ade yg berwayar2, ada yg dlm bilik khas, ada yg kena kuman HIV, mcm2..Alhamdulillah..

Hari khamis 16hb 7 Ehsan keluar hospital dah..seronok sangat masa tu..ade kengkawan yg datangbawa hadiah..mcm2 hadiah Ehsan dapat tp setiap kawan yg datang tu di suruh supaya jangan bw org demam, jgn datang malam2..takut, Ehsan kan sensitif lagi..

Esoknya, kami pulang ke kampung Perak.

Sunday 9 August 2009

Masanya Telah Tiba

Alhamdulillah


Inilah masanya, pada 09/07/09 (kira bestla tarikh ni) bersamaan 16 Rejab 1430H saya telah pun selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.0kg dan tinggi 47sm jam 6.16pm. Kelahiran secara normal membuatkan saya terfikir betapa hebatnya menjadi seorang ibu.


Nama diberi Ehsan Hafizi B. Mohd Hanif dan inilah gambar Ehsan hari pertama selepas dilahirkan dan kali pertama bergambar bersama abah dan ummi.


Wednesday 1 July 2009

2nd Anniversary


Alhamdulillah

Hari ni 01/07/09 genaplah 2 tahun kami di nikahkan..
Seronok rasanya tapi rasa macam baru je kawin..


Anniversary tahun ni rasanya cukup bermakna sebab bakal anak kami juga akan lahir pada bulan 7 jugak..tak sangka lak..dah rezeki kami..Amin..


Harapan kami semoga kami akan dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan dan sentiasa hidup diberkati dan dirahmati Allah..Kami juga memohon agar anak kami yang bakal lahir nanti selamat, sihat dan diberkati juga..


Kepada pengunjung semua, doakanlah kebahagiaan kami ye..

Sunday 19 April 2009

Tahniah!!

Tahniah diucapkan kepada kakak saya

MAIZATUL HANIM MOHD ZAKI

kerana selamat melahirkan anak ke3 iaitu bayi perempuan yang diberi nama

FATIN NAJWA AFIFAH
pada
18 April 2009 / 8.45 mlm

Semoga hidup kalian lebih ceria dan bahagia disamping anak2.
Doakan kami pulak lepas ni..

Wednesday 1 April 2009

Sejarah April Fool!!



APRIL FOOL!! Setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.


Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.



----Petikan drpd Risalah Fikrah----

Tuesday 31 March 2009

Alhamdulillah..

Alhamdulillah semuanya selamat..

Abg dan kakak ipar saya telah selamat pulang ke rumah dan tidak lagi mengalami demam denggi..lama gakla mereka kat dlm wad..mak gak yang jaga dan tengok mereka hari-hari..

Yela, kenala bawa anak mereka untuk melihat mama dan papanya. Alhamdulillah sekali lagi atas segalanya.

Wednesday 25 March 2009

Takziah abgku..

Dalam kegembiraan pasti ada kedukaan..Diberitakan abg saya Zulkefli Mohd Zaki dan isterinya telah dimasukkan ke wad Hospital Klang kerana disyaki denggi..Nasib baik anaknya yang masih kecil disahkan tidak mengalami apa2..sekarang ini anaknya telah pun dijaga oleh Hani dan mak telah pun datang ke Klang untuk membantu ape yang patut..

Semoga abang dan Tasha akan baik dan sembuh seperti sediakala..Kepada para pembaca, doakanlah keselamatan dan kesejahteraan keluarga abg saya.

InsyaAllah.. Amin..

Selamat Pengantin Baru lagi..


Kepak kepak kepak kepak...kebong kebong kebong kebong kebong...musim cuti sekolah pastinya muzik itu akan dimainkan..cuti sekolah ari tu saya telah pulang ke kampung halaman suami di kelantan selama 6 hari untuk meraikan majlis perkahwinan adik ipar saya. Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada:



Haliana Harun dan pasangannya Khairul Neyzam Mohammad



yang berlangsung pada 16/3/2009 dan di rumah lelaki 19/3/2009.

Semoga kalian berdua berbahagia hingga ke akhir hayat. Pasangan ini telah pun melangsungkan pernikahan pada 18 January yang lepas, 2 hari selepas adik saya Hani bernikah.

Harapnya pasangan ini juga akan join kami tuk berbadan dua..(dengar kabarnya dah ade)
Tahniah diucapkan..

3 sekali

Lamanya rasa tak menulis kat dlm blog ni..bila tinggal sekejap mulalah penyakit malas datang..lama gak nak buang penyakit ni..sekarang adela kurang ckit..tak tau ape yang nak dicoretkan pada entry kali ni..sekadar untuk menyapa para tetamu yang lama menanti..

Rasanya Entry kali nak buat 2 ucapan..yang pertamanya TAHNIAH kepada:

ASMAHANI MOHD ZAKI
(adik saya)

kerana telah pun berbadan 2..mggu ni mgkn 6mggu..jangan lupe pegi klinik buat buku merah..hehehe..

Yang keduanya TAHNIAH kepada mak:

tahun ni ketiga-tiga anak perempuan mak mengandung dan akan melahirkan pada tahun yang sama..nampaknya mak sibuk jaga cucula tahun ni..tak menang tangan nnt..Kakak di sungai buloh dijangkakan pada hujung bulan 4, saya lak awal bulan 7, dan adik lak bulan 11 insyaAllah..Di harap semuanya selamat..InsyaAllah..amin..
Semoga kalian sihat sejahtera..

Friday 6 March 2009

Crystal Bay!

Eh, ape pulak Crystal Bay tu..Entry yang ni khas untuk org yg jauh di Durham..Malam tadi kami berdua telah pun menjamu selera di Crystal Bay..ade ape kat sana?

ooo..kat sana ade ikan bakar, sotong celup tepung, udang, sotong, ketam, kerang dan lain2 lagi seafood..Tgkla gambar tu kat bawah..

Kami order ckit jela sbb 2 org je nak makan..tu pun dah kira banyakla sampai tak habis..rugi rasanya..Kailan tu khas untuk saya seorg jer..yela, penggemar sayurla katakan..

Untuk kak Nani cepatla balik malaysia..nnt kita g makan ikan bakar ramai2..mesti meriah..dont worry e bos ade je nak belanja..tak pun org UK yg belanje..hehe..




Pemain Beregu Pilihan Pertama

First sekali nak mmperkenalkan raket yang baru dibeli..hehe..raket ni bukannya dibeli tanpa tujuan tetapi dengan tujuan (memangler).. Satu untuk saya dan satu untuk abg..



Sebenarnya abg masih ade satu raket yang masih teguh tapi kena beli gak..takpelah..nnt lepas bersalin kita lawan berdua yer..kih3..Tapi takut gak nak lawan..yela abg akan mewakili FKM dalam pertandingan badmintan antara fakulti..wah hebatnyer dengar..nak jadi Lee Chong Wei ke..eh tak bolehla sebab abg tak main perseorangan..abg akan main beregu dan merupakan beregu pilihan pertama lagi.. Setiap minggu abg akan berlatih sebanyak 2X..rajinnyeee..

Gambar yang kedua tu adalah gambar abg tgh training..sayala yang menangkapnyer..yela, pada hari setiap malam rabu saya akan menemankan abg tuk berlatih..selain dapat tgk abg main, saya gak boleh menambah kenalan.

Semoga abg jadi JUARA nanti..Kalau jadi juara, hadiah tu bagila kat ayg..hehe..

Wednesday 4 March 2009

Congratulation Abg!!!


TAHNIAH!!!


diucapkan kepada abg tersayang kerana telah pun dilantik sebagai

Pensyarah Tetap di Fakulti Kejuruteraan Mekanilkal (Jabatan Automotif)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)


Semoga segalanya berjalan lancar dan diberkati Allah.
InsyaAllah


p/s: bolehla belanja makan

Tuesday 24 February 2009

Rahsia Bantal


Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwaseni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.



3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.



4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.



5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.



6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!


:::::Ok para tetamu semua. Manakah bantal pilihan anda..Jangan tipu..hehehe..babai:::::




CARA POTONG KUKU

Hari ni tak tau ape yg nak dikongsikan dengan para pembaca semua. Terdapat lak satu idea nak berkongsi cara memotong kuku..he3..cam kelakar je kan..potong kuku pun nak ajar..takpelah..OK, mari kita mulakan.. Rasulullah S.A.W bersabda barang siapa yang mengerat kukunya pada :

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.


Penulis tak taula kaki dan tangan sape tu..hehe..

Monday 23 February 2009

Bercuti di Everly

Hari ni terajin lak nak berblog. selalu malas je.Hari ni mungkin banyak cerita yg nak dikongsikan bersama dengan pembaca semua. Bermula petang Jumaat tu hingga Ahad kami pergi bercuti ke Klebang di Everly Resort Melaka. Memang cantik sangat tempat tu dan hotel pun memang menarik dan memuaskan hati sangat2. Sebenarnya percutiaan ni tak dirancang pun. Kebetulan abg ade kursus kat sana under FKM. Saya pun ikutla dan terpaksa membayar lebih untuk penginapan n makanan. Semua abg yg bayar.hehe.


Sebetul dan sebenar2nya saya ade kelas yg agak ketat pada hari Sabtu dan Ahad. Atas permintaan abg, saya perlu berulang alik dari klebang ke utem untuk 2 hari tersebut. Hanya petang dan malam sahaja kami berjumpa. Takpelah, untuk baby dalam perut ni..Pada petang sabtu tu, kami menyempatkan diri tuk berjalan2 di sekitar hotel.. Hotel ni betul2 mengadap laut..memang cantik dan menakjubkan. Subhanallah..



Adela sedikit gambar yg sempat dirakamkan. Petang tu juga hujan telah pun menurunkan dirinya dan kami hanya berjalan2 di taman hotel dan kolam mandi je..tak sampai ke laut pun..Lain kali nak bercuti lagi InsyaAllah..

Mohd Danial Iskandar


Siapa nama Mohd Danial Iskandar..ooo..Kitorang panggil iskandar..iskandar adalah anak saudara saya yg baru lahir..takdela baru sangat dah 4 bulan lebih dah..kalau nak tau iskandar adalah anak abg saya yg mana kami telah melangsungkan perkahwinan pada hari yg sama 07/07/07.


Tapi abg saya telah dikurniakan anak terlebih dahulu..Alhamdulillah..mungkin saya lambat sbb nak membezakan sape abg dan sape adik kot..


yg bestnya, saya dapat anak saudara 2 org dlm masa 2 hari..seorang sekarang berada di Durham UK (http://www.baytulkifli.blogspot.com/) namanya Izzah Maisarah dan seorang lagi di Malaysia. Di Durham anak kakak ipar dan yg di sini anak abg sendiri..Tahniah..kalau tak silap mereka lahir pada 17/10/08 dan 18/10/08.. Wah kalau sampai besday nanti kopakla..hehe..


Kat sini saya nak letak gambar Iskandar bersama papanya..gamba tu diambil ketika hari kahwin hani di umah suaminya..Untuk melihat gambar izzah tetamu semua bolehla tgk blog yg saya nyatakan di atas td..dua2 comel..

Tahniah Adikku Hani


Tuan rumah minta maaf kepada sesiapa yg mengikuti blog ini kerana sudah 3 hari tidak mengupdate blog. Hal ini adalah kerana kesibukan tuan rumah dlm menghadapi midterm exam n assignment yg melambak.
Kali ni saya hanya ingin mengucapkan jutaan TAHNIAH kepada adik saya:


ASMAHANI MOHD ZAKI
kerana telah pun selamat mendirikan rumahtangga bersama:
ZURAIMI CHESMAN
Pada 25hb Januari 2009
dan
di sebelah lelakinya 1hb Februari 2009
Semoga kebahagiaan dan kesejahteraan yg dicari akan berkekalan selama2lamanya.

Walaupun baru berusia 22 tahun tetapi sudah pun mendirikan rumahtangga. Tapi tak mustahilla sebab adik saya ni memang lebih matured dari saya..hehe

Haaaa...yg kat atas tu gamba hani bersama dengan adik beradik yg masih bujang..kami gelarkan mereka DOREMI.



Friday 20 February 2009

Disyaki


Hari yg ditunggu2 telah tiba. Hari ni pegi check up dan seperti biasa berat badan naik..tp bukan 3 kilo hanya 2 kilo..tp memang melebihi had yg sepatutnya. Hari ni punye cerita tak mengancam sangat..tak kena marah cam selalu..cuma darah cair ckit.

Tapi 2mggu lagi kena datang untuk jumpa dengan doktor..Saya kena buat pemeriksaan samada mengalami kencing manis atau tidak sebab berat badanla..dia pelik kenapa berat badan bertambah 2kilo je setiap bulan tapi yg lain ok..dahla kena puasa ari pemeriksaan tu..mesti lapau (cakap org melake)..

Pada ari tu kena puasa start kul 12..lepas kul 12 tak boleh makan..then, pagi2 tu pun takleh makan dan pegi klinik kul 8..kul8 amik darah pertama dan tggu 2jam di klinik..pastu kena ambik darah kali ke2 dan rehat kejap..pastu baru boleh balik..mmmm seksanya perutku ketika itu bila dibayangkan..

Minta2 ari tu ari yg baik..tak dapat ap2 penyakit pun..amin..insyaAllah

Thursday 19 February 2009

Lidah dan Hati




Cerita ni dah lama nak dikongsi tapi tak berkesempatan tuk mencari cerita yg betul2 shahih. Hari baru jumpa..Ikutilah kisah menarik ni...

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim. Ibu itu berpesan, "Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan." Setelah disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah kambing kepada ibu itu.


Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing. Kali ini dia berpesan agar dikirimkan bahagian yang terbaik daripada kambing itu. Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. "Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan dikirimkan bahagian yang sama ketika saya memesankan bahagian yang terbaik?" tanya ibu tersebut kepada Luqman. Luqman menjawab, "Hati dan lidah amatlah baik ketika ia baik dan menjadi buruk apabila keduanya buruk."

Mendengar jawapan tersebut, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman. Hati dan lidah itu adalah tunjang segala kebaikan dan juga ibu kejahatan serta keburukan.

Wednesday 18 February 2009

Buku Ape Ni!!





Pening jugak ni..yela sekarang ni sibuk ckit buat assignment pasal engineering..dahla belajar IT tapi kena lak kaji subjek lain. Kalau bukan kerana assignment ni 25% takdelah nak kaji bukan main lagi..lepas tu kena buat product lak tu..haiii..nak mengeluh pun tak baik..

assignment ni dapat ari ahad tadi tapi kena anta ahad ni lak..dah la subjek lain ade komitmen..ade yg kena present, ade yg nak test..wau mencabar gakla amik master by coursework ni..budak2 yg amik by research tak bertimbun camni cuma diorg ade keje lain..masalahnya kelas yg saya amik ni kelas budak2 engineering. so diorang tak kisahla nak jawab sbb dah biasa dengan process design..takkan nak terangkan cam IT kot.

Nasib baikla prof yg ajar tu dah tau yg saya ni budak IT.tak biasa dengan engineering process. mungkin expectation dia tak tinggi sangat kot khas untuk saya.amin. Abg pun banyak tolong. Ape maksud ergonomics, camne nak buat material selection dll dan yg paling bestnye abg pinjamkan buku dr lecturer manufacturing..dapatla bantu si kura2 yg sedang melintas jalan ni..

Tuesday 17 February 2009

Berat Badan Bertambah (BBB)

Entry yg ni lain macam sikit..nak cerita sedikit pengalaman pertama mengandung..sekarang dah empat bulan dan akan menjengah ke 5 bulan tidak lama lagi.
Ape yg nak diceritakan di sini ialah mengenai berat badanku..huhu..sejarah berat badanku tidak pernah mencecah 45 ke atas dan cita2ku selama ini telah pun tercapai tetapi dalam keadaan mengandung..mmm ntahla..


Hari pertama ke klinik membuat check up nurse bagitau aku mungkin akan mengalami risiko keguguran kerana berat badan kurang 45..aku relaks je masa tu..bila balik umah aku pun makan banyak..seperti biasa sebenarnya..2nd checkup berat badanku naik 2 kilo tapi masih tak sampai 45..masalahnya nurse tu marah lak sbb berat badan naik melebihi yg sepatutnya..aiiii aritu suruh naikkan berat badan..aku eeh kan aje..


3rd check up berat badanku menjadi masalah lagi kerana naik 2 kilo lagi dan kini telah pun mencapai 45..kali ni nurse tak marah sebab dia cakap penimbang tu mungkin rosak..kah2..dalam hati jela..aku relaks jugak..Ari jumaat ni nak buat check up lagi tp aku dah siap2 timbang kat JJ dan berat badanku dah naik 3kilo..Dah terpikir samada aku akan dimarahi atau tidak..mmm tgk jela..


Kesimpulannya di sini ade kena mengena ke berat badan dengan org mengandung..mengandung memang le berat badan meningkat kan..yg penting semua sihat..urine n darah aku seperti biasa, normal je insyaAllah.. Kepada pembaca yg ade pengalaman tolongla bagi pendapat yer..Terima kasih.
Itulah ceritanya BBB.

BICARA KATA

Hari ni penulis ingin berkongsi lirik lagu yg boleh dijadikan teladan dan manfaat. Lirik lagu ini sangat menyedarkan kita tentang perbuatan mulut kita yg memang sentiasa digunakan untuk bercakap..Tetapi pernahkah kita terfikir samada perkataan atau tutur kata yg diluahkan atau dikeluarkan mungkin menjadi laser atau penyejuk hati. Hayati lirik ini::


Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna


Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata


Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya Hilang percaya...

Monday 16 February 2009

IMPIAN

Hari ni teringin lak nak berkongsi kata2 ni bersama dengan anda semua. Kepada yg mempunyai impian tapi masih tak kesampaian, teruskan usaha dan anggaplah kegagalan hari ini sebagai satu rangsangan utk kita berjaya esok.



Sesuatu yg diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan.
Tetapi apa yg tidak diduga seringkali berlaku dgn tiba-tiba.
Biarlah kita menangis hari ini krn kesakitan smlm.
Tapi usah kita ketawa memanjang krn kemenangan yg belum pasti utk selamanya.
Tiada abid yg ma’sum tanpa dosa…apalagi bila berjiwa muda.
Namun, kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan.
Tetapi mengingatkan tentang kemenangan yg masih tertunda.
Mungkin hari ini kita kuat dan selesa. Tapi tidak mustahil esok kita pula rebah tidak berdaya.

Sunday 15 February 2009

Boikot

Hari ni tertarik lak nak berkongsi isu mengenai BOIKOT barangan omputih dan sekutunya. Pemboikotan kepada barangan kafir ini sebenarnya sudah lama diperkatakan dan ianya masih lagi kurang dilaksanakan di Malaysia. Paling jelas kita boleh lihat restoran2 makanan segera KFC dan McD. (Banyak lagi sbnrnya)

Walaupun pelbagai rentetan berdarah dan airmata dipaparkan di media2 massa, namun kesedaran mengenainya tidak dihiraukan. Adakah ini salah pemilik restoran tersebut atau diri sendiri yg "buat tak tau". Bagi mereka "bukan negara aku yg kena serang, yg penting perut kenyang". Mudah menutur kata2 sambil mengeluarkan air liur tersembur2. Rasa nak jawab balik je "wah2, sedapnya cakap. Kalau Malasia kena serang camne?"



Ntahla. Bila kesedaran akan timbul.. Nak cakap lebih2 pun siapalah kita..kita hanya boleh melarang dari tulisan2 seperti ini dan dalam hati jer. Benarlah "Kekuatan tidak akan hadir begitu sahaja tanpa sokongan dan dorongan dari majoriti". Allah telah menunjukkan bukti dan kesedaran itu hanya dari solat berjemaah. Kalau kita lihat begitu sahaja pasti kita tidak akan dapat jawapannya. Sekiranya kita kaji, kita korek dalam2, kita renung2 dan fikir2kan, kita menimba lebih banyak ilmu pasti segalanya akan terlerai dan dapat ditafsirkan.InsyaAllah.

Saturday 14 February 2009

Valentine Day



Eh..Kenapa entry kali ni ade bunga besar..saje je nak menyatakan bunga tak lepas penggunaannya di hari valentine day (14/2). Ramai anak2 muda akan menyambut hari ini untuk meraikan kekasih masing2. Mereka tidak tahu apakah sejarah disebalik hari VD ini. Mereka hanya tahu aku nak sambut sbb barula maju sebab ikut org putih..Tahu tak kita sejarah terciptanya hari VD ini..Ikuti sedikit imbasannya..zoommm..

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka. Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’ Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.
Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.


::::Oleh itu, kepada semua para tetamu renung2kanlah dan fikir2kanlah kisah diatas..Adakah kita ingin menjadi seperti mereka semua..Rasa2nya keburukan lebih tinggi daripada kebaikan dalam kita menyamut VD ini.Mencegah lebih baik daripada mengubati..Kepada anak2 remaja terutamanya, jagalah diri, hiasilah perbadi dan teguhkan iman supaya hidup ini ada hala tuju yg betul dalam mencari keredhaan yg berpanjangan..Amin

Friday 13 February 2009

New Me



Kembali lagi setelah 2minit berpisah..

Segmen ini penulis hanya ingin memperkenalkan gambar terkini..Kepada para pembaca, nak komen, komenla..ana tak kisah dengan komen anda semua..ana afham (versi arabla pulak)..

Semoga ceria!!

Tuan Rumah Kembali

Assalamualaikum semua..

Minta maaf kepada semua pembaca blog ini kerana tuan rumah dah lama tak mengupdate blognya..Tetapi tuan rumah kini akan kembali dengan versi dari Malaysia insyaAllah kalau masa mengizinkan..Ketidakkemaskinian (cewah) berlaku disebabkan perkara2 tertentu..Antara penghalang utama ialah sikap malas tuan rumah untuk menghasilkan ayat2 atau lebih dispesifikkan lagi tiada idea(sampai lupa password nak masuk blog, setelah cuba sebanyak 6X akhirnya.....), kesibukan penulis as a student sekarang dan kelemahan melanda kerana ketika ini tuan rumah sudah pun masuk ke alam baru.InsyaAllah..

Diharap kepada semua pembaca blog ini, janganlah melupakan URL blog ini buat slama2lamanya. InsyaAllah penulis/ tuan rumah akan melahirkan idea2 baru dan sedikit pembaharuan untuk tatapan para penonton..(cam tv la pulak)..

Sekian. Wassalam
Sehingga bertemu lagi.
SalaMesrAbadIkhlaSepenuHati...