Wednesday 18 June 2008

Jalan2 ke Birmingham




Sebenarnya dah 2kali pegi birm dengan abg..first tu tak cerita tapi yg kali kedua ni nak ceritala ckit..sebenarnya nak g birm ni bermatlamatkan satu tujuan je..mencari makanan yg berasal dari Malaysia..Birmingham merupakan bandar terbesar selepas London..Kami pergi ke birm dengan hanya menaiki bas..bas no. 900 dr coventry..then naik bas no.57 untuk sampai ke bull ring..sebenarnya naik bas 900 gak dah leh sampai tapi kami singgah kat kedai Al-Halal tuk membeli lesung batu dulu..sampai je bull ring kami pun mencari bas tuk g ke wing yip.. tanya la org..jwpnnya bas no.66..

buang masa je rasanya sebab kami mmg naik bas yg betul tp salah laluan..nasib baik driver bas tu baik dan dia tunjukkan kat mana wing yip..kena ttgu dlm 30mnt baru sampai..bila dah nampak bangunan wing yip tersangatlah gembira..membeli dan membelah lah kami di sana..malangnya misi mencari belacan masih belum ditemui..kami pulang ke bull ring dan pergi ke kedai Sing Fatt lak..satu lagi kedai cina yg glamor dikalangan org malaysia..Di sana tersangatlah gembira sbb dapat belacan..yahoooooo...leh buat sambal belacan..

Lepas je dapat semua tu..kami pulang..lum tu singgah makan kentang n ayam goreng halal dulukat tepi jalan..senang je nak cari makanan halal kat birm ni..

No comments: