Showing posts with label Bosan. Show all posts
Showing posts with label Bosan. Show all posts

Friday, 7 May 2010

yahoooo!!!!

Yahoo!!
dah habis final exam dah..best sangat..rasa cam dah takde ape nak difikirkan..2 bulan ni adala banyak masa dengan ehsan..kalau tak dari pagi sampai malam baru leh main2 dengan san..
Takut gak tuk sem depan..minta2 semua berjalan dengan lancar.. Tapi yang penting tuk semester ni dah selesai..tunggu result je la..
Yahooo!!!

Monday, 26 April 2010

Jariku kaku

Assalamualaikum semua.


Lamanya tak menulis kat blog ni..rasanya hampir 10 bulan juga laa..sejak tahun lepas lagi tinggal..bila menulis balik rasa kaku jari jemariku ini..ewahh..Al maklumlah sejak bergelar ummi ni mana la nak mengadap laptop 24 jam cam dulu..dulu, asyik2 laptop..eh yeke, tak juga rasanya..ingat nak mula balik menulis..maklumla dah banyak idea keluar..sampai melimpah2 dah ni..tapi yang ni baru intro je..


Nak cerita pasal perkembangan ehsan dan pengurusan (betul ke ayat ni)kurus la senang diri saya..ha3..sehingga bertemu lagi..bak kata lagu erra "sampai bertemu.."


Wasssalam.

Tuesday, 24 February 2009

Rahsia Bantal


Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwaseni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.



3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.



4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.



5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.



6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!


:::::Ok para tetamu semua. Manakah bantal pilihan anda..Jangan tipu..hehehe..babai:::::




Wednesday, 18 February 2009

Buku Ape Ni!!





Pening jugak ni..yela sekarang ni sibuk ckit buat assignment pasal engineering..dahla belajar IT tapi kena lak kaji subjek lain. Kalau bukan kerana assignment ni 25% takdelah nak kaji bukan main lagi..lepas tu kena buat product lak tu..haiii..nak mengeluh pun tak baik..

assignment ni dapat ari ahad tadi tapi kena anta ahad ni lak..dah la subjek lain ade komitmen..ade yg kena present, ade yg nak test..wau mencabar gakla amik master by coursework ni..budak2 yg amik by research tak bertimbun camni cuma diorg ade keje lain..masalahnya kelas yg saya amik ni kelas budak2 engineering. so diorang tak kisahla nak jawab sbb dah biasa dengan process design..takkan nak terangkan cam IT kot.

Nasib baikla prof yg ajar tu dah tau yg saya ni budak IT.tak biasa dengan engineering process. mungkin expectation dia tak tinggi sangat kot khas untuk saya.amin. Abg pun banyak tolong. Ape maksud ergonomics, camne nak buat material selection dll dan yg paling bestnye abg pinjamkan buku dr lecturer manufacturing..dapatla bantu si kura2 yg sedang melintas jalan ni..

Tuesday, 17 February 2009

BICARA KATA

Hari ni penulis ingin berkongsi lirik lagu yg boleh dijadikan teladan dan manfaat. Lirik lagu ini sangat menyedarkan kita tentang perbuatan mulut kita yg memang sentiasa digunakan untuk bercakap..Tetapi pernahkah kita terfikir samada perkataan atau tutur kata yg diluahkan atau dikeluarkan mungkin menjadi laser atau penyejuk hati. Hayati lirik ini::


Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna


Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata


Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya Hilang percaya...

Monday, 16 February 2009

IMPIAN

Hari ni teringin lak nak berkongsi kata2 ni bersama dengan anda semua. Kepada yg mempunyai impian tapi masih tak kesampaian, teruskan usaha dan anggaplah kegagalan hari ini sebagai satu rangsangan utk kita berjaya esok.



Sesuatu yg diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan.
Tetapi apa yg tidak diduga seringkali berlaku dgn tiba-tiba.
Biarlah kita menangis hari ini krn kesakitan smlm.
Tapi usah kita ketawa memanjang krn kemenangan yg belum pasti utk selamanya.
Tiada abid yg ma’sum tanpa dosa…apalagi bila berjiwa muda.
Namun, kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan.
Tetapi mengingatkan tentang kemenangan yg masih tertunda.
Mungkin hari ini kita kuat dan selesa. Tapi tidak mustahil esok kita pula rebah tidak berdaya.

Friday, 18 April 2008

Menghitung hari

Hari2 makin lama makin bosan.tak tau nak buat ape.nasibla ade keje memasak.kemas umah ke ok gak.terurus ckit masa.same je rasenye keje ke tak keje je bosan gak.