Showing posts with label Cuti2. Show all posts
Showing posts with label Cuti2. Show all posts

Sunday, 17 April 2011

Feezy Homestay

Dah hampir 4 bulan feezy homestay beroperasi di Melaka..ada bulan yg masyuk ada bulan yg kurang masyuk..macam2 masalah timbul pun ada..rupa2nya bukan senang nak menceburi bidang perusahaan homestay ni..selain marketing yg bagus, maintenance juga jgn lupa..maintenance sebenarnya lebih payah dari marketing walaupun marketing memerlukan strategi dan kerajinan yang berpanjangan..

Feezy homestay yang terletak di Bukit Katil Melaka sebenarnya sudah lama beroperasi tetapi dengan nama lain..penggunaan nama Feezy Homestay digunakan bermula akhir bulan 12 2010 berikutan pertukaran pemilik..Setakat ini feezy homestay mendapat banyak tempahan terutamanya di musim cuti sekolah..harga yg berpatutan membuatkannya menjadi pilihan pengunjung yg datang ke Melaka..Pernah ada customer tu hanya dikenakan caj RM90 sahaja semalam kerana telah memenuhi syarat2 FeezyHomestay..

Bagi anda yg ingin bercuti ke Melaka dan memerlukan tempat penginapan untuk menghilangkan penat perjalanan, bolehlah memilih Feezy Homestay sebagai tempat beristirehat bersama keluarga..
Untuk Maklumat Lanjut anda boleh la melawat blog Feezy Homestay di:

http://feezyhomestaymelaka.blogspot.com/

segala maklumat boleh anda dapati di blog tersebut..

Monday, 23 February 2009

Bercuti di Everly

Hari ni terajin lak nak berblog. selalu malas je.Hari ni mungkin banyak cerita yg nak dikongsikan bersama dengan pembaca semua. Bermula petang Jumaat tu hingga Ahad kami pergi bercuti ke Klebang di Everly Resort Melaka. Memang cantik sangat tempat tu dan hotel pun memang menarik dan memuaskan hati sangat2. Sebenarnya percutiaan ni tak dirancang pun. Kebetulan abg ade kursus kat sana under FKM. Saya pun ikutla dan terpaksa membayar lebih untuk penginapan n makanan. Semua abg yg bayar.hehe.


Sebetul dan sebenar2nya saya ade kelas yg agak ketat pada hari Sabtu dan Ahad. Atas permintaan abg, saya perlu berulang alik dari klebang ke utem untuk 2 hari tersebut. Hanya petang dan malam sahaja kami berjumpa. Takpelah, untuk baby dalam perut ni..Pada petang sabtu tu, kami menyempatkan diri tuk berjalan2 di sekitar hotel.. Hotel ni betul2 mengadap laut..memang cantik dan menakjubkan. Subhanallah..



Adela sedikit gambar yg sempat dirakamkan. Petang tu juga hujan telah pun menurunkan dirinya dan kami hanya berjalan2 di taman hotel dan kolam mandi je..tak sampai ke laut pun..Lain kali nak bercuti lagi InsyaAllah..

Sunday, 4 May 2008

Jalan2 di Legoland



Walaupun Legoland ni utk budak tapi kami datang gak..semua org datang bawak anak tp kami hanya berdua..malu gak nak main2 kat sana.. Ape2 pun seronok ke sana..Kalau teman2 ingin ke sana bersama anak-anak Legoland mmg sesuai.. Semoga anda semua suka akan promosi ini..Wah boleh jd promoter la..hehe..Enjoy!!!

Thursday, 10 April 2008

Edinburgh Scotland


Bulan 4 merupakan bulan yg paling banyak jalan2..duit pun banyak keluar..yela bulan4 kami pegi paris, durham dan edinburgh Scotland..Tapi seronok sebab takdelah duduk umah jer..Ni nak cerita g edinburgh..Kami pg Edinburgh dari umah kak nani di Durham..pegi dalam kul 9pagi lagi..2buah kereta meluncur ke edinburgh dengan menggunakan tom tom masing2..tak sangka lak lain2 jalan..mengikut kak nani diorg ikut jalan kampung dan kami lak ikut highway..jauh jugala dalam 3jam lebih baru sampai..petang tu kami berjalan kaki menjelajah bandar edinburgh..memang cantik..jalan jalan gak tapi perut pun berjoget2 minta diisi..cari punya cari tak jumpa..dengan hampanya kami pulang ke hotel..nasib menyebelahi kami sbb bawah hotel kami ade kedai halal..ala2 KFC lagi..bukan main gumbira lagi dapat makan..Alhamdulillah..ergh..

Kami bermalam di hotel Osbourne..memang selesa dan puas hati..murahla dan yg penting betul2 kat bandar..pandai a.zul cari hotel..terima kasih..esoknya kami bersiap2 untuk menjelajah seluruh edinburgh..hehe..takdelah semua cuma cari tempat2 yg cantik je la..kami ade gak pg zoo..lepasje pg zoo kami pun pulang ke Durham semula..selamat tinggal Edinburgh..

Europe Ke-2 PARIS!!




PARIS!!Wah bestnye bila dengar..yela maklumla sebelum ni dengar org cakap je..cam drama kat tv ke..bukan main berlagak lagi shopping kat paris..Kami bercuti kali ke2 ke europe country pada 1 April hingga 4 April 2008..Sangat gembira masa tu..mane tak ye selama ni tak pernah cuti keje, ni nak cuti lak..lama lak tu nak cuti sampai seminggu..he3..kami pergi dengan family budil kawan abg sama2 mengajar di Utem..

Kami naik kapal terbang dari London Luton..semuanya berjalan lancar..kami sampai kat paris lebih kurang dalam kul 2/3 petang..tak ingat la pulak..sampai je terus pegi cari hotel, tempat kediaman kami..lega rasanya bila dah jumpa hotel..nak cari hotel punyala lama..sampai ke senja..sampai hotel je terus berehat..nasib baik bawa sandwich dan nugget leh tampung lapar kami..

Esoknya kami pagi2 lagi dah keluar untuk pegi Eiffel tower..tak jauh pun sebab naik RER..cantik!!kami naik tingkat paling atas sekali..kena bayar sorg $12..takpelah janji dapat naik dan jadi kenangan..lepas tu kami pegi ke muzium yg bangunan dia ala2 piramid..pastu balik dan lum sampai hotel kami beli makanan dulu..punyala susah nak cakap sebab semua org kedai tak pandai cakap omputih..so guna bahasa insyarat jela..jadila cam org bisu..kah3..tergelak2 beli makanan..

Hari ketiga kami pergi ke disneyland..disneyland ni sangat2lah besar..tak larat nak jalan..letih dan lapar..memang kena spend masa yg panjang..dari pagi sampai ke petang..kami banyak habiskan masa kat disneyland theme park..bahagian lain pegi ckit2 jer..cam hollywood glamor kejap jer pegi sebab masing2 dah lapar dan kesian kat anak budil dah penat..baby haikal..selesai je disneyland kami pulang ke hotel dan berehat2 dan untuk perjalanan pulang esok..seronok kat Paris terutamanya Eiffel Tower dan Disneyland Theme Park..