Sunday 17 April 2011

Feezy Homestay

Dah hampir 4 bulan feezy homestay beroperasi di Melaka..ada bulan yg masyuk ada bulan yg kurang masyuk..macam2 masalah timbul pun ada..rupa2nya bukan senang nak menceburi bidang perusahaan homestay ni..selain marketing yg bagus, maintenance juga jgn lupa..maintenance sebenarnya lebih payah dari marketing walaupun marketing memerlukan strategi dan kerajinan yang berpanjangan..

Feezy homestay yang terletak di Bukit Katil Melaka sebenarnya sudah lama beroperasi tetapi dengan nama lain..penggunaan nama Feezy Homestay digunakan bermula akhir bulan 12 2010 berikutan pertukaran pemilik..Setakat ini feezy homestay mendapat banyak tempahan terutamanya di musim cuti sekolah..harga yg berpatutan membuatkannya menjadi pilihan pengunjung yg datang ke Melaka..Pernah ada customer tu hanya dikenakan caj RM90 sahaja semalam kerana telah memenuhi syarat2 FeezyHomestay..

Bagi anda yg ingin bercuti ke Melaka dan memerlukan tempat penginapan untuk menghilangkan penat perjalanan, bolehlah memilih Feezy Homestay sebagai tempat beristirehat bersama keluarga..
Untuk Maklumat Lanjut anda boleh la melawat blog Feezy Homestay di:

http://feezyhomestaymelaka.blogspot.com/

segala maklumat boleh anda dapati di blog tersebut..

No comments: