Saturday, 29 March 2008

Jalan2 Lester, Loughborough





Masa ni kitorg sewa kete..byk tul cabarannya tuk sewa kete..ade yg menipu tau tak..ade satu company tu, kitorg dah siap2 tempah seminggu awal tp bila time nak amik cakap lesen tak boleh guna sbb org malaysia..geram betul rasanya..pastu abg pun bersiap2 dengan segeranya pegi ke tempat penyewaan..rupa2nya kete takde..cakap jela kete takde kan senang..camne la business camtu..pastu abg tepon kawan tuk dptkan tmpt penyewaan yg lain..nasib baik dpt..


Dan akhirnya dapatlah kami pergi ke lester n loughborough dengan memandu kete LEON..besar dan best..sgt selesa..tulah first time abg drive d UK berpandukan XDA abg yg dah diinstallkan tomtom di dalamnya..seronok rasanya..bangga pun ada..yela negara org leh drive..kih3..ni la buktinya kami sampai ke tempat destinasi..


Sunday, 23 March 2008

Snow LAAAA!!!!!




Hari Ahad merupakan hari yg rileks. Tak Keje la katakan. Lepas solat subuh susah lak nak tido. Nape lak ni. Dahla sejuk, tak nak tido lak. Eh, my hubby pun samala. Pastu my hubby suruh jenguk tingkap hujan ke sbb sejuk sgt. Jenguk2 "ade snowla!!". Dengan pantas abg buat keputusan "jom bersiap pegi taman, jgn lepaskan peluang main snow". "Betulke ni?". Siapla dengan sesegera mungkin. Terus berjalan dan bergambar2 an. Mmg jakun sangat2. Yela tak pernah main snow la katakan.

Kat Taman mmg takde org. So mmg tak payah nak malu2 la main snow. Mmg best dan kitorg bergambar sakan. Hahaha. Tempat mainan kanak2 pun jadi sasaran. Mmg kena masanya. Cuti hari Ahad, org takde, tak keje dan tak nak tido. suka sangat masa tu. Lepas je bergambar, balikla ke rumah. Konon nak buat snowman tapi tak cukup snowla. Dah mula cair. Hanya snow boy je leh buat. Eh bukan snow baby jer. Tapi tak pelah sekurang2nya ade pengalaman berharga bersama snow. Itulah kejadian Allah yg pertama kali aku rasakan.

Sunday, 24 February 2008

Jalan De Coventry




Dah lama rasanya tak update blog ni..ari ni rasa nak update lak.. Ni nak cerita pasal bulan februari ..hehe..rasanya dalam 24/2 kot..Kami berjalan2 di bandar coventry sesambil menangkap gambar..saje je..kononnya menangkap gambar ketika musim sejuk..

Kami keluar sekitar jam 11pagi..maklumla takleh lambat2 sebab nanti nak masuk zohor lak..mula2 naik bas dari umah ke city center..bas no.21..then naik bas no 4 utk ke tesco..bukannya nak beli barang pun..pastu balik ke city center dan makanla burger kat kedai burger 99p..lepas je makan kiotrg pun balik dengan menaiki kenderaan berkaki dua..jalan kaki la tu..sambil2 tu leh tangkap gambar..kalau naik bas takleh nak tangkap gamba..gamba pun ala kadar jela..main cuk cak2 pun ade..kih3..

Abang taknak tangkap gamba..katanya dah banyak dah gambar dia masa musim sejuk..takpelah..jadi model la kejap..abg lak jadi cameraman..macam2 tempat disuruhnya kita..buat jela..nak buat kenangan katakan..Ok lah tgkla 5keping gambar tu..yg lain takleh tgk..kalau nak tgk kena buat appointment dulu..hahahahaha..eh 3X jela..hahaha

Sunday, 17 February 2008

Kunjungan Durham ke Coventry






Seronok rasanya ada sedara datang ke rumah..nila first time family kak nani datang ke coventry..kalau tak clap 16/2..kesian sgt sbb tak terlayan..maklumla keje pagi2 pastu barula leh sembang2..nak ajak jalan? tak sangat..sebab nak bawa g jalan pun kenderaan tak muat..yang ikut aku jela..kalau tambah abg terpaksa masuk bonet la..lagipun masa tu abg tersangat2la cbuk sebab ari isnin nak anta assignment..rasa cam tak best je..


Rasanya jalan2 g carboot, pegi taman (swanswell park), 99p store..tu je..kesian kat diorg..dahla umah pun masa umah kedai jer..takde privacy..tv pun takde..nasib baik internet ade lagi..kalau tak mesti sgt2 lah bosan..yg lain sembang2, makan2 je..makan pun dalam bilik tido..


Harap kak nani dan family tidak serik datang ke coventry lagi..Datangla lagi yer..

Friday, 28 December 2007

Kejutan Italy!!!


Gumbira, Suka, Seronok, Girang dan tak tau ape lagi nak cakap. Dah sampai dah England. Coventry tempat my hubby belajar. Tak tahan dengan sejuk seolah2 berada di peti sejuk. Gigil dibuatnya. Singgah di Durham tmpt Kak Nani's family tinggal utk hilangkan penat. Lepas tu Balik Coventry naik bas. Sangat penat sbb bw beg besar dan berat. Bila sampai coventry masih lagi rasa biasa sbb mind set masih PENAT!


Sampai di bilik hubby cakap minggu depan nak pegi italy. Eh, biar betul! Baru je sampai dah nak pegi jalan. Takpelah seronok gak. Terkejut pun ade. Tak sangka dah sampai UK nak gi Italy lak. Bertuahnya rasa. Persiapan dibuat hanya beberapa jam sebelum berangkat. Hehehe...

Pegi Italy 5org. My Hubby and me, Mokhtar, Sima dan wife. Haaa, gambar kat atas tu kat airport. Sampai di Rome mmg tak sangka. Seolah2 "benarkah aku di bumi rome"? Cewah. Negara yg maju. LAPAR sangat bila sampai. Tapi kena cari hotel dulu. So, berjalanlah lima sekawan mencari hotel. Lepas je jumpa, terus mencari destinasi cari makan. Makanan memang banyak tapi kena la cari yg halal. Cam rancangan jalan2 cari makan lak.Haha. Senang je nak cari. Semua makan nasi beriyani ayam. Memang menyelerakan.

Lepas makan kami pun balik ke hotel dan merehatkan diri. Tak sabar rasanya nak berjalan2 di ROMA ITALIANO. Itu bahasa org2 italy.hehe. Pihak pengurusan hotel pun ade bagi map so, masing2 meneliti dan menyatakan hasrat ingin ke mana. Tapi tak boleh pegi hari ini sbb penat dan dah malam. Yela musim sejuk ni cepat je malamnya. Rehatla sepuas2nya. Esok misi menjejak Italy.

Sunday, 16 December 2007

Selamat Tinggal Malaysia

Hari ini merupakan hari terakhir pada tahun 2007 aku duduk di Malaysia.Bukannya nak pindah ke luar negara tapi nak pergi temankan suami belajar. Macam2 aku rasa. Gembira dlm 80%, dan sedih + takut hanya 20%. Yela baru je habis belajar then terus pegi luar negara. TAKUT!! Takut sebab naik kapal terbang sorg2.Kena berdiri di kaki sendiri (BERDIKARI). Dahla kena transit kat Amsterdam. Ketakutan itu dapat dikurangkan dengan ada nya family Kak Nani. Nasibla ade diorg takdela gelabah sangat.
Dalam kapal terbang lak lapar, penat semua bercampur. Lapar takpe lagi sebab ade bw roti 4bungkus. Makanan ade disediakan pun takut nak makan sbb naik kapal terbang omputih. Takut akan ketidakhalalannya. Bab makan mmg 'No problem'. Tapi bab penat tu mmg memedihkan. Lenguh pun boleh tahan. Tido jela. nak tido pun lama sangat. lagipun teringat kat suami.hehe.
Mula la bayangkan macam2. Kalau kat Malaysia mesti aku tengah tgk tv. Makan nasi ke, pisang goreng ke, karipap panas ke. Wah macam2 aku pk. Camnela aku nnt kat negara org.Menakutkan. Tapi apa nak buat dah sampai pun. Selamat tinggal Malaysia. Akan akan pulang menemuimu. Tunggulah Kepulanganku..

Friday, 2 November 2007

Raya Berdua


Hari Raya Puasa tahun 2007 merupakan hari raya yg pertama aku beraya bersama suami..hehe..tahun ni la first time tak balik kampung sendiri..yela kenala ikut suami..insyaAllah thn 2009 kat perak pulak..Seronok gak beraya kat tempat org..dapat tau camne cara diorg sambut..mmgla sama tapi dari segi makanan lain sikit..13/10/2007 merupakan tarikh hari raya pertama..dan 14/2/2007 merupakan hari raya yg kedua..dan pada hari raya kedualah my hubby menerbangkan dirinya ke UK..menaiki kapal terbangla..Tinggallah aku keseorangan..cewah.. Memang memberi makna sangat2 raya pada tahun ni..anyway kat tepi nila gambar raya tahun 2007 kami..