Tuesday, 3 May 2011

4 Mei, Inilah Harinya

Ya..
Alhamdulillah..
Inilah harinya yang ditunggu2 kesudahan kepada pembelajaranku..

Hari ini merupakan hari aku menyampaikan, membentangkan (presentation) hasil projek master ku..
Setelah sekian lama, hampir 4 bulan berkelana, berulang alik seperti org yg bekerja dari rumah ke lab (tempat utk buat projek).
Semuanya dibuat di sini..Di rumah hanya relax...
sampaikan ada satu hari tu abg tanya (tak buat projek ke??nanti kelam kabut)
Aku hanya menjawab (dah buat kat lab)

Rumah lain, lab lain dan terbukti aku dapat selesaikannya tanpa membawa pulang kerja2 aku..
Tapi sehari sebelum hari ini aku terpaksa memerin (print) slide presentation kat umah utk berlatih utk hari ini...

Seronok sangat..macam nak makan banyak2 je..tak leh gak sbb nanti ketat sangat perut ni..
walaupun pagi tadi memang sibuk..nak bersiap tanpa ada suami (abg) di sisi..
abg kena g kuantan kul 6 pagi lagi..
appointment presentation kul9..target nak sampai UTeM kul 8..
Alamak, ehsan tak bangun lagi..
Aku bersiap2, panaskan kete, masukkan barang2 dlm kete, angkat (dukung) ehsan masuk dlm kete (berat), kunci umah, hantar ehsan ke umah pengasuh dan terus menuju ke UTeM..

Sampai UTeM dlm kul 8.05 minit..takdelah jauh sangat dari target..terus pegi lab dan print satu lagi copy slide tuk penilai..buat 2 slide dlm 1 page..mlm tadi print 6 slide dlm 1 page..maklumla ink umah (kedekut ckit)..kat lab leh print banyak mana pun asalkan guna kertas sendiri..
dlm 8.40 aku berjalan ke bilik penilai (Berdebar2 tau)..cari punya cari tak jumpa..naik tgkt 2 takde, naik tgkt satu cabang 1 takde, cabang 2 takde..dah malas terus tanya office..rupanya kat cabang 3..pegila..

Dah kul 9 penilai msh tak kelihatan..dlm hati (jgnla tangguh)..so, bagila mesej pd supervisor yg menyatakan penilai tiada..sv suruh tepon tanya ada kat mana..mana ada no tepon dia..aku pun pegi office minta no penilai..dapat..dengan beraninya aku menelipon penilai..kata putusnya aku kena present kul 945..penilai on da way maaa...dlm masa yg sama my sv bg businesscard penilai..dah selesai dah pun..so, bgtau jela kat sv yg kena present 945..

945...
penilai sampai..aku present..selesai je jawabla soalan2 yang diajukan dan akhirnya penilai memberi komen yg +ve..seronok sangat..siap penilai suruh tanya
en.rady (penolong pendaftar FTMK) bila tarikh akhir utk daftar konvo..
nasihat penilai: jgn terlepas tarikh tu..

suka dan suka dan suuuuka sangat...
aku pulang ke lab dan mengemaskan barang2, dokumen2 yg telah digunakan, buku rujukan, air, makanan, sampah dll dgn hati yg ringan sekali (senang la tu) sambil bermesej dengan abg dan kawan yg belum present. dan dah present tapi kena present lagi sekali..
Last sekali aku masukkan entry ini...

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi di atas kekuatan yg telah diberikan kepada ku..
Terima kasih kepada suamiku kerana memahamiku dr awal hingga pengakhirannya..
Tidak lupa kepada supervisorku PM. Dr. Burairah Husin dan kawan yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung memberi semangat dan tunjuk ajar utk sampai ke tahap ini..

Sekian utk kali ini..akhir kata..

Aku seronok hari ini..aku gembira hari ini..

Monday, 18 April 2011

Ehsan antara 6bln ke 1 thn


Mungkin ramai yg nak tau pasal ehsan..dalam blog yg ada gamba ehsan masa baby je..sekarang ehsan dah besar dah..dah setahun 9 bulan..tapi gamba kat atas tu masa umur dia antara 6 bln hingga setahun..Masa tula perubahan dia dari tak tau jalan, leh naik walker dan pandai berjalan..

seronok rasanya sebagai seorang ibu melihat perkembangan anak sendiri di depan mata..walaupun ehsan duk umah pengasuh tuk suku hari, tapi ehsan tetap nakkan ummi dan abah..macam2 perkara dia akan explore setiap hari dan kadang2 akan membuatkan abah dan ummi marah..kenala bersabar kan..memang budak macam tu tak tau apa2..apa yg boleh apa yg tak boleh..semua dia nak tau..di sinilah kesabaran sebagai ibu dan ayah akan dicabar..

Sebenarnya ehsan nak dah dapat adik..mungkin umur dia 1 thn 11 bln dia akan dapat adik..tak tau la adik pompuan ke lelaki..minta2 la ehsan tak meragam bila dah dapat adik nanti..takut gak..semakin hari semakin mengganas nampaknya ehsan..dah pandai memanjat tu yg paling tak tahan..lagi satu kalau ummi tgh masak kat dapur mesti dia akan mencilok besen, periuk,penutup periuk ummi bawa pegi depan..kalau nak siapkan masak terpaksala biarkan dia main..kalau kita ambik balik barang tu, dengan kita2 sekali tak dapat makan nanti..

Tula karenah anak2..kalau difikirkan memang penat, letih dan macam2 lagi..tapi kalau direnung2kan semula itulah kenangan yg paling manis untuk membesarkan anak dan kenangan itulah akan menjadi satu kerinduan pada kita untuk masa akan datang..

percayalah...


Sunday, 17 April 2011

Feezy Homestay

Dah hampir 4 bulan feezy homestay beroperasi di Melaka..ada bulan yg masyuk ada bulan yg kurang masyuk..macam2 masalah timbul pun ada..rupa2nya bukan senang nak menceburi bidang perusahaan homestay ni..selain marketing yg bagus, maintenance juga jgn lupa..maintenance sebenarnya lebih payah dari marketing walaupun marketing memerlukan strategi dan kerajinan yang berpanjangan..

Feezy homestay yang terletak di Bukit Katil Melaka sebenarnya sudah lama beroperasi tetapi dengan nama lain..penggunaan nama Feezy Homestay digunakan bermula akhir bulan 12 2010 berikutan pertukaran pemilik..Setakat ini feezy homestay mendapat banyak tempahan terutamanya di musim cuti sekolah..harga yg berpatutan membuatkannya menjadi pilihan pengunjung yg datang ke Melaka..Pernah ada customer tu hanya dikenakan caj RM90 sahaja semalam kerana telah memenuhi syarat2 FeezyHomestay..

Bagi anda yg ingin bercuti ke Melaka dan memerlukan tempat penginapan untuk menghilangkan penat perjalanan, bolehlah memilih Feezy Homestay sebagai tempat beristirehat bersama keluarga..
Untuk Maklumat Lanjut anda boleh la melawat blog Feezy Homestay di:

http://feezyhomestaymelaka.blogspot.com/

segala maklumat boleh anda dapati di blog tersebut..

Friday, 15 April 2011

Hukum Merancang Anak

Hari ni nak berkongsi satu artikel tula..bukan artikel sebenarnya tapi dari sessi soal jawab dalam buku Anis keluaran Mac 2011..
Di jawab oleh ustazah Maznah Daud (JAKIM)..

Seseorang bertanyakan tentang hukum merancang keluarga atau anak berikutan anaknya berumur 5,4 dan 2..alasannya kerana ingin memberikan perhatian kepada ketiga2 anaknya selain merasakan ekonomi keluarga msh belum kukuh dan tidak mempunyai rumah sendiri dan menumpang di rumah ibunya...

Antara jawapan yang diberi:
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah, bilangan anak dan anak yang ramai merupakan sebahagian daripada nikmat Allah kepada hambanya.
Ini difahami daripada kata2 nabi Syu'aib kepada kaumnya sebagaimana yg disebut di dlm firman Allah:
"...dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai..."(al-A'raf: 86)

Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya berkahwin dengan wanita yg boleh melahirkan ramai anak. Mu'aqqal bin Yasar r.a melaporkan bahawa seorang lelaki bertemu Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa dia telah mencintai seorang wanita yg baik keturunan serta kedudukannya tetapi wanita itu tidak dapat melahirkan anak..Dia meminta pandangan baginda apakah wajar dia menikahinya? Baginda melaranganya..Lelaki itu bertemu Rasulullah selama 3 kali tetapi jawapannya masih sama dan bersabda:
"Nikahilah wanita yang dapat melahirkan anak kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan ramainya bilangan kamu"(Sunan An-Nasai)

Kesimpulan dari 2 perkara di atas, usaha untuk mencegah kehamilan atau mengehadkan bilangan anak tanpa sebab yg syarie adalah haram kerana bercanggah dengan prinsip Islam serta fitrah kejadian manusia itu sendiri. Begitu juga perbuatan menghalang kehamilan kerana takut papa. Ini merupakan sebahagian daripada saki baki masyarakat jahiliah yg tidak beriman kepada Allah dan berburuk sangka kepada janji2 Allah.

Firman Allah:
"Dan janganlah kamu membunuh anak2 kamu kerana takutkan kepapaan; kamilah yg memberi rezeki kpd mereka dan kpd kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah kesalahan yg besar".(Al-Isra': 31)

Usaha menjarakkan anak untuk memberi tumpuan kepada penjagaan san didikannya adalah HARUS.
Jarak yg paling baik ialah antara 2 hingga 3 tahun kerana Allah menyatakan tempoh menyusu sempurna adalah 2 tahun.

Begitu juga HARUS menghalang kehamilan dengan sebab kemudaratan yg ditanggung oleh ibu seperti sakit atau sebagainya sengan syarat mendapat pengesahan doktor pakar yg amanah.

Wednesday, 13 April 2011

Hampir Setahun

Wah..lamanya tak menulis blog..dah hampir setahun yang lepas..nak kata sibuk sesangat takdela juga tapi tak tau apa yg nak di isi kat dlm blog..nak isi gamba anak takde lak kat dlm laptop ni ha..ingatnya nak start berblog semula tapi tgk la camne..mungkin ikut kerajinan diri untuk membuka laptop..

Kadang2 terfikir gak camne la blogger2 lain tu rajin gila update blog mereka..kenapa aku tak boleh..mungkin kurang minat kot..tak jugak..minat tapi malas nak keluarkan idea dan malas nak create idea untuk dimuatkan ke dalam blog..dulu mungkin langsung takde komitmen ape2 tu yang merajinkan diri..tu pun ckit je rajinnye..

InsyaAllah..mulai hari ini atau esok, aku akan merajinkan diri untuk menulis dlm blog..bila difikirkan kenapa kita tak rajin menulis dan membuat atau mengeluarkan idea untuk menulis sesuatu..ada terbaca satu artikel tu, kita sepatutnya menggunakan atau melatih otak kita untuk bergerak..tak kirala mengira, menulis, berfikir atau membaca..sekurang2nya kita dapat melancarkan neuron2 otak kita agar kita takkan cepat nyanyuk di kemudian hari..

Kesimpulannya..latihlah otak kita supaya membuat kerja setiap hari agar kita sihat dari segi mental dan spiritual..kalau tidak menulis, cukuplah sekadar membaca satu artikel dan cubalah berfikir mengenainya..

Renung2kan..

Friday, 7 May 2010

yahoooo!!!!

Yahoo!!
dah habis final exam dah..best sangat..rasa cam dah takde ape nak difikirkan..2 bulan ni adala banyak masa dengan ehsan..kalau tak dari pagi sampai malam baru leh main2 dengan san..
Takut gak tuk sem depan..minta2 semua berjalan dengan lancar.. Tapi yang penting tuk semester ni dah selesai..tunggu result je la..
Yahooo!!!

Monday, 26 April 2010

Jariku kaku

Assalamualaikum semua.


Lamanya tak menulis kat blog ni..rasanya hampir 10 bulan juga laa..sejak tahun lepas lagi tinggal..bila menulis balik rasa kaku jari jemariku ini..ewahh..Al maklumlah sejak bergelar ummi ni mana la nak mengadap laptop 24 jam cam dulu..dulu, asyik2 laptop..eh yeke, tak juga rasanya..ingat nak mula balik menulis..maklumla dah banyak idea keluar..sampai melimpah2 dah ni..tapi yang ni baru intro je..


Nak cerita pasal perkembangan ehsan dan pengurusan (betul ke ayat ni)kurus la senang diri saya..ha3..sehingga bertemu lagi..bak kata lagu erra "sampai bertemu.."


Wasssalam.